I Love Paris Lindz Thinsy .truly.madely.deeply.: hujung minggu :D


semua pasal aku :)

My photo
Paris, In my heart :)
im just being me when im with you sweets, not too worry :D

Sunday, October 9, 2011

hujung minggu :D

assalammualaikum .
hari ini aku ingin mencoret sedikit pengisian to my SAM² :)
ada sedikit cerita untuk di kongsi untuk kebaikan , bukan untuk di
jahat²kan hee :D.
DISCOVER THE BEAUTY OF ISLAM : iluvislam :)

|ADAB MENUNTUT ILMU |  
Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu.Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun 
dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. 
Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian 
mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh 
diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. 
Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. 
Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam
namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya 
gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. 
Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu
yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.


  • Niat yang ikhlas :)
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus,untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. 

  • Beradab dengan orang yang memberi ilmu :)
 Sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

  • Bersabar dalam menuntut ilmu :)

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." 
[Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237 ]

  • Tulis setiap yang dipelajari

Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, 
adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?

  • Rendah diri

Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) 
kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." 
[Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

  • Menjauhi dari kenyang yang berlebihan

Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan 
kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." 
[Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

  • Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." 
[Az Zariyat 51 : 15 – 18]

  • Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, 
maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." 
[HR Bukhari dan Muslim]


Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW
dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat),
generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).

iluvislam :) menasihati para pembaca sekalian
agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama,
seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu.
Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik'
sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati.
Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran?
Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.

 ***
the end





 truly , linda

No comments:

Post a Comment